top of page

KENALI SPRUMS

SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH 

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

PENGENALAN

Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi masyarakat Malaysia ke arah melahirkan satu jentera pentadbiran kerajaan yang berintegriti. Penubuhan suruhanjaya ini telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj. Ahmad Badwi selaras dengan keazaman politik negara untuk menghapuskan rasuah di Malaysia . Pada 1 januari 2009 (akta 694) secara rasmi telah dikuatkuasakan.

OBJEKTIF SPR IPT

1. Menerapkan nilai anti rasuah,penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPT.

 

2. Mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada program-program pencegahan rasuah.

 

3. Menjadikan pelajar-pelajar IPT sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus.

 

4. Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti ketika menjalankan tugas.

 

5. Mendidik dan mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada pelaksanaan program-program kemasyarakatan yang menekankan kepada penghayatan nilai-nilai murni.

 

6. Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalah rasuah ,penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani jenayah ini.

 

7. Meningkatkan kerjasama dua-hala antara SPRM dan IPT.

PERANAN SPR IPT

1. Menyelaraskan urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program pencegahan rasuah sama ada yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan-badan pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan bagi mendapatkan penyertaan masyarakat kampus atau hebahan maluman program.

 

2. Memberi panduan dan informasi mengenai cara-cara pengendalian program-program pencegahan rasuah dan meyampaikan maklumat-maklumat aktiviti yang dianjurkan.

 

3. Menjadikan organisasi perantara di antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IPT, SPRM dan pelajar di dalam pelaksanaan program-program pencegahan rasuah.

 

4. Mewujudkan suasana ceria SPR dengan kelengkapan peralatan publisiti seperti banting, logo, pelekat, risalah dan lain-lain bahan penerbitan.

 

5. Menjadikan pejabat Urus setia SPR sebagai pusat aktiviti masa lapang pelajar-pelajar peringkat kampus.

 

bottom of page